Monday, August 16, 2010

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya yaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA – AYAHNYAApabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA – SUAMINYAApabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYAApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYAApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihilah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita...


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah[2] : 286)

Aku bersyukur sgt2 sbb Allah masih bagi peluang untuk aku berubah....pintu taubat masih terbuka....yang mana amalan aku xcukup,insyaallah aku akan cukupkan.....aku tak nak susahkan hati kedua orang tuaku.....aku akan kekalkan silaturahim dengan saudara2 ku walaupun jarak memisahkan..aku sayangkan keluargaku...moga aku dapat menjadi anak dan isteri yang solehah...amin ya rabbal alamin......berdosanya aku selama ni Ya Allah........Ampunkan aku.............

Marhaban ya Ramadhan....

'Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba lelaki-Mu dan hamba wanita-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku dalam diriku, keputusan-Mu adil untukku. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan segenap nama yang menjadi milik-Mu, Engkau menamakannya untuk diri-Mu, atau nama yang Engkau ajarkan kepada salah seorang makhluk-Mu, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab suci-Mu, atau yang terkandung dalam ilmu gaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur'an yang agung sebagai penuntun hatiku dan penerang cahaya pandanganku, penghilang rasa susah dan sedihku.' ”

Ramadhan datang lagi......
Alhamdulillah aku masih bernafas lagi pada Ramadhan kali ni.....Ramadhan kali ni aku dah bergelar isteri...dan Ramadhan kali ni terpaksa kami sekeluarga sambut tanpa adik yg aku sygi....Allah lebih sayangkan dia......mmg agak sebak Ramadhan kali ni.....aku pun xth nape aku asyik teringat kat adik aku je sejak awal ramadhan lg....hati aku membuak2 rasa nak balik kampung,nk ziarah kubur adik aku...macam2 kenangan masa Ramadhan dulu aku teringat....
Dulu2 mak abah bagi tiap ari sorang singgit kat sapa yg posa...pastu sapa yg posa dpt duit pegi pasar ramadhan..beli je apa yg nk beli...faveret aku air teh bunga..hehehe....macam2 kami beli sampai nk sahur pun ada lg makanan tuh..tamak membeli...hehe....masa sahur,mak abah kejutkan kami bgn...aku mudah je nk bangun...adik2 laki aku jenuh kejut...Dikmi siap tdo kat meja mkn lg msa kecik2 dlu...hehe....faveret dia scrambled egg goreng ng kicap...Ya Allah....teringatnya kat dia........kejap je rsa masa berlalu.....rsa cam still budak2 lg....kami adik beradik kerumun kat meja makan..duk amik lauk bubuh lam pinggan masing2...siap susun lg tu...hehehe.....pastu bukak posa depan tv.....berebut channel ngan dikmi....sbg kakak,mengalah jela...Rindunya zaman budak2 dlu.....nak duduk satu rumah ramai2 ngan adik2 cam dlu2....
sygnya masa cepat berlalu......masing2 dah ada takdir yang dah ditentukan Allah......aku percaya ngan qada' dan qadar Allah........kami akan sentiasa merindui Dikmi.......