Wednesday, May 23, 2012

anak terunaku.......love u....!!

Kejap ja dah 8 bulan lebih my anak teruna....hehehehe.........makin besaq makin banyak akai....moga tuhan bg kesabaran kat aku utk jd ibu yg penyayang..permudahkan aku untuk memberi didikan agama yg baik untuknya...

Dua doa untuk diamalkan oleh ibubapa untuk memperolehi anak-anak yang soleh. Doa dari Surah Shafaat (Ayat 100) dan Surah Ali-Imran (Ayat 38). Dan tambahan dari penulis Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan sembahyang dari Surah Ibrahim (Ayat 40-41). Anak-anak yang sembahyangnya ikut mood, kadang-kadang sembahyang dan kadang-kadang tidak sembahyang, baik kita bacakan doa ini selalu.

Kepada anak yang degil dan selalu melawan cakap ibubapa. Anda amalkan Surah Taha (Ayat 1 - 5) supaya hatinya lembut agar dengar cakap anda. Lakukan semasa anak anda tidur lena, bacakan dan hembuskan ke hidungnya semasa tidur. InsyaAllah.

1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)



Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 


3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 



Moga Nu'man menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya......




No comments:

Post a Comment