Monday, June 11, 2012

rindunya aku kat dia......

Ya Allah......patutla aku asyik2 mimpi je dikmi dtg....rupa2 dh masuk 2 tahun dia tinggalkan kami semua....terbayang2 lg zaman kanak2 kami..zaman dia start keja...betapa bangganya dia dpt duit hasil titik peluh sendiri,nak belanja mak,abah ngan adik beradik makan...hepinya saat2 tu....teringat zaman kami semua  p umah sewa dia kat johor..time tu jgk la aku kna dmam campak...tp demam campak aku xmembataskan utk aku enjoy dgn family....Allah itu Maha Mengetahui,Maha Berkuasa..Dia dah susun semua tu dah...Dia bagi kami semua rapat dengan adik beradik sebelum Dia amik balik.............Allah lagi sayangkan dikmi...aku redha dengan qada' dan qadar yg dh Engkau tetapkan...moga Allah menerima doa dan sedekahku untuk adik tersayang........  =' (

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:  
  "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).  



No comments:

Post a Comment